Langkah-langkah mengisi Borang Permohonan Pengambilalihan Lesen
Langkah Pertama ( mengisi maklumat mengikut bahagian )
1) Mengisi maklumat diruangan Bahagian A : Butir-butir Pemohon
- Masukkan maklumat-maklumat wajib yang perlu diisi ( Sila lihat anak panah Berikan Perhatian didalam gambarajah dibawah )
- Sila pastikan maklumat untuk No. Lesen Sedia Ada adalah tepat dan benar ( Sila lihat anak panah Pastikan didalam gambarajah dibawah ).
- Sila rujuk contoh-contoh yang diberikan yang terdapat dalam borang permohonan ( Sila lihat anak panah Cth maklumat didalam gambarajah dibawah )
- Sekiranya pemohon mempunyai rakan kongsi bagi lesen yang dipohon ini :-
- Masukkan maklumat rakan kongsi yang ditunjukkan seperti gambarajah dibawah
- Klik pada butang Tambah Ruang untuk menambah maklumat rakan kongsi yang lain
2) Mengisi maklumat diruangan Bahagian B : Butir-butir Kebun Kecil Sawit, Pemilikan Dan Urusniaga
- Masukkan maklumat seperti yang dikehendaki dalam borang
- Sila pastikan maklumat diruangan ( Lihat anak panah Pastikan seperti dibawah ) adalah tepat dan benar
- Sila berikan perhatian kepada contoh-contoh pengisian maklumat yang ada
- Klik pada butang Tambah Ruang untuk menambah maklumat
- Sekiranya pemohon mempunyai lesen MPOB lain sebelum ini...
- Sila isikan No. Lesen diruangan No. Lesen MPOB yang sedia ada
3) Mengisi maklumat diruangan Bahagian C : Dokumen Sokongan
- Bahagian ini merupakan bahagian untuk memberitahu administrasi senarai dokumen yang akan dikemukan oleh pemohon dikaunter MPOB berdekatan, secara kiriman pos ataupun serahan kaunter
- Sila rujuk kepada contoh-contoh dokumen sokongan yang diperlukan ( Sila lihat anak panah Berikan Perhatian seperti yang ditunjukkan gambarajah dibawah )
- Klik pada butang Tambah Ruang untuk menambah maklumat
4) Mengisi maklumat diruangan Bahagian D : Maklumat Tambahan
- Masukkan maklumat seperti yang dikehendaki didalam borang
- Sila rujuk kepada Panduan Mengisi Catatan ( Sila lihat anak panah Berikan Perhatian seperti yang ditunjukkan gambarajah dibawah )
5) Mengisi maklumat diruangan Bahagian E : Pengakuan Pemohon
- Bahagian ini merupakan bahagian wajib diisi oleh setiap pemohon lesen.
6) Mengisi maklumat diruangan Bahagian F : Perakuan
- Masukkan maklumat pemohon seperti yang dikehendaki oleh borang..
- Klik pada butang Hantar Borang
-
Klik pada butang Hantar Borang sekiranya borang telah diisi dengan lengkap ( Sila rujuk gambarajah diatas sebagai panduan anda ).
- Klik pada butang Kembali, Sekiranya ingin mengubah kategori permohonan anda.
- Klik pada butang Batal, Sekiranya ingin membatalkan proses penghantaran borang
Langkah Ketiga
- Sila pastikan segala maklumat yang dipaparkan adalah lengkap dan benar ( Lihat anak panah Langkah 3 seperti gambarajah dibawah )
- Sebagai panduan kepada pengguna, sila baca arahan yang tertulis pada Semakan Borang Permohonan ( Lihat anak panah Panduan seperti gambarajah dibawah )
Langkah Keempat
- Setelah memastikan segala maklumat yang dimasukkan adalah benar, tepat dan lengkap
- Klik pada butang Pasti sebagai pengesahan maklumat yang dimasukkan ( Lihat anak panah Langkah 4 seperti gambarajah dibawah )
- Klik pada butang Kembali, Sekiranya terdapat kesilapan maklumat
- Klik pada butang Cetak, Sekiranya ingin mencetak Semakan Borang Permohonan
Kembali kepada langkah-langkah seterusnya